This and That

Sunday, April 30, 2006

Family Trip Kota Kinabalu, 26 - 30 March 2006


Trip ke kota kinabalu kali ni, bersama kedua ibu bapa saya, serta keluarga Da dan Farid, dan juga Muhaimin si kecik . Agak sukar juga merancang percutian kali ini. Kerana, jika ke Sabah, sudah tentu pelbagai aktiviti lasak dan mencabar yang terbayang di fikiran. Tetapi, memandangkan saya membawa warga-warga ekspedisi yang telah melepasi had umur persaraan rata-ratanya, persiapan dan perancangan harus di teliti supaya bersesuaian dengan keadaan kesihatan dan tahap kecergasan semua orang. Ikuti kisah dan gambar2 menarik sepanjang percutian ke negeri di bawah bayu kali ini.

Ini pertama kali mak dan abah naik kapal terbang. Excited semacam ajer diorang. Dapat pula naik kapal terbang baru, memang selesa. Waktu take off semua nya okay dan masih excited. Hinggalah waktu kapal terbang membelok dan senget ke sebelah bahagian, mak pegang dinding kapal terbang. Hehehe... tapi.. disebabkan semua orang rilex, mak pun okay lepas tu. Kenalah biasakan mak ya. Lepas ni nak pergi Makkah pula. Abah kontrol macho.. Maybe dia betul2 tak takut, atau nak maintain handsome.. Hehehe.

Thursday, April 27, 2006

Open Water Dives Certification, Tenggol Island, Dungun 8-11 April 2006




Baru-baru ni, saya , jue, ida dan ezrin menghabiskan 4 hari 3 malam di Pulau Tenggol, Kuala Dungun,Terengganu. Percutian kali ini bukan untuk lepak-lepak, sebaliknya, kami telah menjalani kursus bagi mendapatkan lesen selam skuba di bawah naungan NAUI (National Association of Underwater Instructors). Ikuti kisah kami sepanjang 4 hari 3 malam di pulau tenggol dan gambar-gambar menarik sepanjang kami berada di sana.